2.11.2010

BEST SELLER : Ingatlah Tempatmu di Akhirat

Peringatan tentang akhirat banyak disebut di dalam Al-Quran. Kerana Al-Quran lah sumber yang paling dekat dengan kita sebagai muslim.
Apa pun, buku ini cuba menggarap ayat-ayat yang terdapat dalam Al-Quran sebagai peringatan untuk kita pastikan di mana dan ke mana kita selepas ini.
Buku ini hadir sebagai usaha membantu anda mengatasi dilema " Di mana aku selepas ini". Lihat unsur penting yang patut anda semak:
a) Cara yang perlu dilakukan bagi mendapatkan kesejahteraan di akhirat
b) Dahsyatnya neraka, juga nikmatnya syurga sebagai tempat tinggal di akhirat
c) Apakah perkara yang boleh membawa seseorang ke syurga atau menjerumuskannya ke neraka
d) Apakah itu yang dikatakan keuntungan dan kerugian hakiki
e) Apakah iradat yang akan menjadi penentu kepada nasib seseorang di akhirat
mudah-mudahan buku ini menjadi hadiah yang membimbing diri menuju kehidupan yang kekal abadi.

BUKU BARU : Engkau Memang Cantik

Banyak pembaca yang merasa bahawa dirinya tidak miliki apa-apa, padahal dia sudah memiliki segalanya. Mereka kecut jiwanya dan merasa tidak ada kelebihan apapun. Hidup mereka terasa hampa dan tidak punya tenaga untuk bangkit dari kegagalan yang menimpanya.
Menjadi muslimah adalah anugerah yang paling indah. Peribadi muslimah sejati akan memberi impak kepada dunia, dan selalu memberi makna bagi sesama muslim.
Banyak pembaca yang merasa bahawa dirinya tidak miliki apa-apa, padahal dia sudah memiliki segalanya. Mereka kecut jiwanya dan merasa tidak ada kelebihan apapun. Hidup mereka terasa hampa dan tidak punya tenaga untuk bangkit dari kegagalan yang menimpanya.
Hal itu tentu saja menggelisahkan hati dan mengundahkan fikiran. Harus ada usaha untuk member kefahaman bahawa para muslimah itu sudah memiliki banyak makna selama ini bagi umatnya. Dunia sedemikian luas sedia menghamparkan sebuah tanggungjawab besar, bahawa muslimah harus berani tampil di medan dakwah.
Antara mereka sudah memulai dengan langkah kecil yang begitu bererti. Namun kemudian muncul masalah bahawa muslimah-muslimah tersebut tidak professional dalam berperanan. Mereka berdiri di satu titik dan meninggalkan titik lainnya.
Maka buku ini hadir sebagai sebuah nasihat bagi kita semua. Nasihat yang akan menjadi begitu berharga bagi kelangsungan dakwah islam pada masa yang akan datang. Kerana kita tidak pernah tahu, ditangan siapakah kejayaan islam ini akan dimenangkan. Banyak kritik, bukti perhatian, banyak masukan bukti kasih sayang. Jangan jemu dan jangan letih menasihati.

1.20.2010

PENJELASAN 2 TUANGURU

Penjelasan Isu kalimah Allah oleh 2 Tuan guru. Pendirian PAS terhadap isu Kalimah Allah. Benarkah PAS sanggup menggadai agama demi undi. Dapatkan penjelasan 2 Tuanguru ini.



VCD 1 Kuliah Tuanguru Nik Abd Aziz Nik Mat (50 minit)
VCD 2 Kuliah Khas Tuanguru Hj Abd Hadi Awang (1 jam )


2 Keping VCD ini hanya  RM 20.00 termasuk belanja POS.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKANNYA?
1. Bank in RM 20 ke akaun
Maybank 156094061080
CIMB 0609 0000369203

2. Lepas bank-in SMS kan alamat anda ke
No HP 019 9839231

3. Proses penghantaran 3 hari bekerja melalui sampul pos Ekspres.

1.05.2010

SYAMIL AL-QURAN 15 DLM 1

HARGA RM 300 (Tiga Ratus Ringgit) Termasuk belanja POS

1. Al-Qur'an Terjemah Per Kata
2. Penterjemahaan Bahagian Agama
3. Tajwid Menggunakan Sistem Quantum Reading Qur'an
4. Panduan Hukum Tajwid
5. VCD Tutorial Sistem Quantum Reading Qur'an
6. Tafsir Al-Muyassar
7. Asbabunnuzul
8. Doa-doa dalam Al-Qur'an
9. Mukjizat Al-Qur'an
10. Indeks Al-Qur'an
11. Atlas Al-Qur'an
12. Kisah Para Nabi dalam Al-Qur'an
13. Zikir Al-Ma'surat
14. Intisari Ayat
15. Links to Related Articles

1. AL-QUR'AN TERJEMAH PER KATA

Syamil Al-Qur'an Terjemah Per Kata memparkan erti dalam bahasa untuk setiap perkataan dalam Al-Qur'an yang diletakkan betul-betul di bawah perkataan arab tersebut. Ia berfungsi sebagai Al-Qur'an tarbiyyah, membantu anda memahami maksud ayat-ayat Al-Qur'an, membimbing anda untuk belajar bahasa Al-Qur'an dan memudahkan anda menguasai bahasa Al-Qur'an.

Kelebihan yang akan anda prolehi ialah anda akan cepat memahami erti-erti ayat demi ayat yang sedang dibaca walaupun anda tidak membaca terjemahannya secara langsung. Ini kerana di dalam Al-Qur'an terdapat banyak perkataan yang berulang-ulang.

Selain itu, Al-Qur'an per Kata dilengkapi dengan pewarnaan tajwid yang memudahkan anda memahami ilmu tajwid melalui warna-warna tersebut.

2. PENTERJEMAHAAN JABATAN AGAMA

Terjemahan Al-Qur'an ini adalah versi terbaru yang rasmi daripada Jabatan Agama RI yang merupakan rujukan utama penterjemahaan utama Al-Qur'an. Penterjemahan ini dinilai secara teliti dan cermat oleh Kumpulan Lajnah Pentashih Mushaf Al-Qur'an yang dimulakan pada tahun 2004. Terjemahan ini memberikan kemudahan bagi anda untuk memahami maksud setiap ayat yang anda baca.

3. TAJWID

Metod pewarnaan tajwid yang digunakan oleh Syamil Al-Qur'an merupakan metod yang praktikal dan sistematik. Hal ini kerana:


1. Menggunakan Khat Resam Uthmani, yang bagus dan rapi, dan telah disesuaikan mengikut piawai Jabatan Agama RI.

2. Pewarnaan tajwid hanya menggunakan 4 warna iaitu biru, merah, hijau, dan hitam.


3. Setiap warna mempunyai fungsi yang berbeza yang dapat membantu anda membaca ayat-ayat Al-Qur'an secara tartil dan betul.

4. Dengan kesekataan warna tersebut, ia memudahkan dalam pembacaan yang sesuai dengan ilmu tajwid.

5. Pewarnaan tajwid tersebut menggunakan prinsip-prinsip Quantum Learning

4. PANDUAN HUKUM TAJWID


Panduan hukum tajwid ini diletakkan pada setiap halaman.