3.11.2011

Trilogi - Aku Terima Nikahnya

Jadikah ia hadiah perkahwinan

Penulis : Hasrizal Abd Jamil
Penerbit: Galeri Ilmu
Harga : RM 60 termasuk pos.

 Aku Terima Nikahnya (2008), bermula daripada percubaan saya untuk memahami apa yang telah dan sedang saya lalui. Menilai kembali setiap satu langkah kecil yang diambil menuju kehidupan berumahtangga, Tauhid dan cinta menjadi sendi dan nadi membina mahligai impian.

Namun menjenguk kehidupan daripada jendela cinta, lebih sering mengurniakan pelangi, warna yang menghimpun semua perasaan kita. Calon pencinta menjadikannya sebagai persediaan. Pencinta semasa mengambilnya sebagai perencah rasa. Pencinta semalam bercermin diri menjadikannya sebagai renungan.

Aku Terima Nikahnya terbuka kepada apa sahaja bentuk tanggapan dan jangkaan. Namun setinggi syukur kepada Allah atas setiap kebaikan yang diperolehi oleh mereka yang memanfaatkan. Perjuangan Aku Terima Nikahnya adalah untuk menyuntik keyakinan, bahawa kebejatan fitnah hidup semasa, tidak sama sekali menjadikan cinta dan perkahwinan berteraskan Islam, mustahil tegak di tengah arus yang derunya bertentangan.

Bercinta Sampai ke Syurga (2009) memanggil burung pulang ke sarang. Puas terbang tinggi meninjau kehidupan, sekual Aku Terima Nikahnya ini menjemput pembaca untuk terus menyapa awan namun kaki jangan memencil bumi. Ia penuh dengan liku-liku perjalanan rumahtangga dan perkahwinan. Antara pedas, manis dan pahit. Tiga rasa yang merencah realiti kehidupan.

Jika Aku Terima Nikahnya membekalkan saranan membina kehidupan bersendikan Syariatullah, Bercinta Sampai ke Syurga pula menyuluh keperluan Sunnatullah. Syariat dijaga, hukum hakam dipelihara, namun rumahtangga tetap bergelora kerana Kitab Kalam tidak harus terpisah daripada Kitab Alam. Sunnatullah yang ditempa Allah sebagai sifir kehidupan, jangan disanggah, jangan diremeh temehkan.

Membina jambatan keserasian antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak-anak, ahli keluarga dan persekitaran, semuanya harus tunduk kepada hukum alam tentang hubungan manusia.

Perkahwinan bertambah usia, anak-anak bertangga dewasa. Rumahtangga beralih ke fasa seterusnya, nikmat dan cabaran saling bersulam mematangkan kehidupan. Di medan itulah Bercinta Sampai ke Syurga menghidang cerita. Serunya bukan untuk kehidupan yang sementara. Ia suatu jemputan, mengajak pasangan yang hangat berkasih, bercinta selama-lamanya, hingga ke Syurga.

Murabbi Cinta (2010) bukan ulangan cerita. Setelah Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai ke Syurga bermain peranan di pesada kembara insan mengenal Tuhan dan kehidupan, Murabbi Cinta mahu mengenengahkan sumber inspirasi terbesar seluruh perkongsian.
Pelbagai modul cinta terhidang di depan mata. Hingga kita mungkin terlupa, bahawa tiada insan yang hatinya mampu berkasih, seperti naluri Murabbi Cinta, Uswah Hasanah teladan mulia, Muhammad yang Amin, sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Itulah tema Murabbi Cinta. Mengajak diri saya meneladani seorang Nabi. Utusan Allah yang tidak pernah mensesiakan kuasa cinta, pada menjinakkan umat kepada agama. Cinta dan Tauhid menjadi satu, bekalan teragung sepanjang zaman.

Sunnahnya menjadikan kita hidup bercara. Sunnahnya menjadikan masalah dan cabaran hidup sebagai laluan menjadi dewasa. Sunnahnya mencegah lemah dan putus asa. Sunnahnya terungkap di naskhah Murabbi Cinta, agar semua kebaikan yang sempat dilontar cerita, menambahkan penghargaan dan kasih, kepada mahaguru kita yang satu, Rasulullah Muhammad sallallaahu alayhi wa sallam.

Sejuta Cinta Untuk Ibunda

Penulis : Burhan Soddiq
Terbitan : Kemilau
Harga: RM 18 temasuk pos

Ya Allah, berikanlah ibu balasan yang sebaik-baiknya atas didikan ibu padaku dan pahala yang besar atas sayang yang ibu limpahkan padaku,
peliharalah ibu sebagaimana ibu memeliharaku.
Ya Allah, bila maghfirah-Mu telah ibu kecapi sebelumku,
izinkanlah ibu memberi syafaat untukku.
Tetapi jika maghfirah-Mu kukecapi lebih dahulu,
maka izinkanlah aku memberi syafaat untuk ibuku,
sehingga kami semua berkumpul bersama di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.




“Buku Sejuta Cinta untuk Ibunda ini membawa pendekatan muhasabah dengan menyelitkan kisah-kisah yang sarat dengan hikmah. Naskhah yang seharusnya dimiliki oleh setiap daripada kita yang bergelar anak kerana setiap daripada kita lahir ke dunia kerana ibu. Tanpa ibu, siapalah kita. Hanya dengan reda ibu dan bapa, kita dapat memiliki reda Allah. Insya-Allah, ada manfaatnya.”

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Aku dan Ikhwanul Muslimin

Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun
Penulis: Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Terbitan: Pustaka Alam Raya
Harga: RM30.00 Termasuk belanja pos



 Aku ingin berterus terang mengatakan, bahawa aku memperoleh manfaat agama yang begitu besar dari Al Ikhwan Al Muslimun. Aku memperoleh faedah yang sangat banyak dari dakwah Ikhwan. Dakwah Ikhwan telah memperluas cakerawala fikiranku memahami Islam secara utuh, sebagaimana disyariatkan Allah SWT, sebagaimana tertera dalam Kitab-Nya, seperti diserukan Rasul-Nya dan difahami oleh para sahabatnya. Islam adalah agama dan dunia, dakwah dan negara, aqidah dan syariat, ibadah dan kepimpinan, mushaf dan...."
-Prof. Dr. Yusuf al Qaradhawi-

 Isi Kandungan buku ini :
  1. Awal perkenalanku dengan al-ikhwan al-muslimun
  2. perselisihan dengan al-Wafd
  3. pengajaran berharga bagi ikhwan
  4. pengalaman dakwah yang tidak dapat dilupakan
  5. berjalan 11KM kerana 2 Qirsy (2 sen)
  6. Aku dan Hassan al-Banna
  7. sehari semalam bersama Hassan al-Banna
  8. Majalah al-ikhwanul muslimun
  9. media informasi tanpa bantuan dana
  10. dua peristiwa penting
  11. setelah 20 tahun ikhwan ditubuhkan
  12. pendapatku tentang ikhwan
  13. komentar buat mereka yang aku kasihi, para ikhwan
  14. pertumpahan darah di Palestin
  15. kisah tentera mujahiddin ikhwan di Palestin
  16. kepahlawanan ikhwan terbalas dengan penangkapan
  17. sekatan terhadap Ikhwanul Muslimun pada 18 Disember 1948
  18. Nuqrasyi terbunuh, pembunuhnya 'bukan dari kalangan ikhwan dan bukan juga seorang muslim'.
  19. dengan izin Allah, kami mengubah Balai Polis Zufta menjadi masjid
  20. terbunuhnya imam Hassan al-Banna
  21. kenangan di penjara
  22. penjara at-Tur, pusat latihan abadi bagi Ikhwan
  23. dari at-Tur ke Haiktasib, perjalanan penuh ranjau yang sukar dilupakan
  24. kembali ke at-Tur
  25. kabinet toghut Ibrahim Abdul Hadi terguling
  26. pengharaman ikhwan ibarat orang yang kehilangan kad pengenalan diri
  27. markaz am diambil alih oleh Nizam Khas
  28. Sheikh Abul Hasan an-Nadawi melawat Mesir,
  29. Fasa Revolusi, Pertembungan antara Ikhwan dan Kerajaan
  30. Ikhwan diharam kembali
  31. Tahanan Amiriyah, seperti at-Tur
  32. dalam sel tahanan perang bersama Tokoh Ikhwan
  33. semua tahanan dibebaskan kecuali aku
  34. selepas pembebasan, Mac 1954
  35. aku dan al-azhar
  36. aku dan Sayyid Qutb
  37. perselisihan kedua antara ikhwan dan Kerajaan Revolusi
  38. memasuki Fasa kekerasan
  39. tragedi Mansyiah, Sandiwara dan tipudaya
  40. mahkamah sandiwara bersidang
  41. bentuk-bentuk penyeksaan di penjara perang
  42. adakah penyeksaan ini diketahui oleh Abdul Nasir?
  43. aku dan Nizam Khas
  44. kehidupan Ikhwan di penjara perang
  45. merampas kitab membakar mushaf
  46. antara seksaan dan rahmat Allah di penjara perang
  47. fasa pra pembebasan
  48. fasa pembebasan
  49. detik-detik terakhir sebelum pembebasan

Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa


Penulis: Mardiana Mat Ishak
Terbitan: PTS
Harga: RM 25
RM19.50 + RM 5.50 (belanja POS)

Memiliki rumah tangga yang aman dan bahagai menjadi idaman dan impian setiap pasangan. Kebahagiaan yang dikecapi pastinya daripada percikan curahan cinta dan kasih sayang antara suami dan isteri seterusnya kepada anak-anak.

Suami dan isteri sama-sama memiliki peribadi serta akhlak yang baik supaya menjadi ikutan kepada anak-anak. Pasangan yang baik mengamalkan sifat-sifat serta akhlak yang baik sepertimana yang dianjurkan Islam.

Dalam mengemudi bahtera rumah tangga yang hamoni, pasangan suami isteri perlu sama-sama memiliki sifat-sifat yang terpuji.

Secara keseluruhannya, Bahagianya pengantin sepanjang masa terhasil daripada pemahaman yang baik mengenai punca terjadinya konflik ataupun masalah biasa dalam rumah tangga serta cara mengatasinya.

Buku ini juga memberikan panduan dan tip yang praktikal daripada perspektif Islam supaya kehidupan pasangan suami isteri sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayang Allah.

Aplikasikan gabungan ketakwaan, kepercayaan, kesetian dankasih sayang setiap masa sehingga impian setiap pasangan suami isteri menjadi kenyataan sepanjang zaman.

2.11.2010

BEST SELLER : Ingatlah Tempatmu di Akhirat

Peringatan tentang akhirat banyak disebut di dalam Al-Quran. Kerana Al-Quran lah sumber yang paling dekat dengan kita sebagai muslim.
Apa pun, buku ini cuba menggarap ayat-ayat yang terdapat dalam Al-Quran sebagai peringatan untuk kita pastikan di mana dan ke mana kita selepas ini.
Buku ini hadir sebagai usaha membantu anda mengatasi dilema " Di mana aku selepas ini". Lihat unsur penting yang patut anda semak:
a) Cara yang perlu dilakukan bagi mendapatkan kesejahteraan di akhirat
b) Dahsyatnya neraka, juga nikmatnya syurga sebagai tempat tinggal di akhirat
c) Apakah perkara yang boleh membawa seseorang ke syurga atau menjerumuskannya ke neraka
d) Apakah itu yang dikatakan keuntungan dan kerugian hakiki
e) Apakah iradat yang akan menjadi penentu kepada nasib seseorang di akhirat
mudah-mudahan buku ini menjadi hadiah yang membimbing diri menuju kehidupan yang kekal abadi.

BUKU BARU : Engkau Memang Cantik

Banyak pembaca yang merasa bahawa dirinya tidak miliki apa-apa, padahal dia sudah memiliki segalanya. Mereka kecut jiwanya dan merasa tidak ada kelebihan apapun. Hidup mereka terasa hampa dan tidak punya tenaga untuk bangkit dari kegagalan yang menimpanya.
Menjadi muslimah adalah anugerah yang paling indah. Peribadi muslimah sejati akan memberi impak kepada dunia, dan selalu memberi makna bagi sesama muslim.
Banyak pembaca yang merasa bahawa dirinya tidak miliki apa-apa, padahal dia sudah memiliki segalanya. Mereka kecut jiwanya dan merasa tidak ada kelebihan apapun. Hidup mereka terasa hampa dan tidak punya tenaga untuk bangkit dari kegagalan yang menimpanya.
Hal itu tentu saja menggelisahkan hati dan mengundahkan fikiran. Harus ada usaha untuk member kefahaman bahawa para muslimah itu sudah memiliki banyak makna selama ini bagi umatnya. Dunia sedemikian luas sedia menghamparkan sebuah tanggungjawab besar, bahawa muslimah harus berani tampil di medan dakwah.
Antara mereka sudah memulai dengan langkah kecil yang begitu bererti. Namun kemudian muncul masalah bahawa muslimah-muslimah tersebut tidak professional dalam berperanan. Mereka berdiri di satu titik dan meninggalkan titik lainnya.
Maka buku ini hadir sebagai sebuah nasihat bagi kita semua. Nasihat yang akan menjadi begitu berharga bagi kelangsungan dakwah islam pada masa yang akan datang. Kerana kita tidak pernah tahu, ditangan siapakah kejayaan islam ini akan dimenangkan. Banyak kritik, bukti perhatian, banyak masukan bukti kasih sayang. Jangan jemu dan jangan letih menasihati.

1.20.2010

PENJELASAN 2 TUANGURU

Penjelasan Isu kalimah Allah oleh 2 Tuan guru. Pendirian PAS terhadap isu Kalimah Allah. Benarkah PAS sanggup menggadai agama demi undi. Dapatkan penjelasan 2 Tuanguru ini.



VCD 1 Kuliah Tuanguru Nik Abd Aziz Nik Mat (50 minit)
VCD 2 Kuliah Khas Tuanguru Hj Abd Hadi Awang (1 jam )


2 Keping VCD ini hanya  RM 20.00 termasuk belanja POS.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKANNYA?
1. Bank in RM 20 ke akaun
Maybank 156094061080
CIMB 0609 0000369203

2. Lepas bank-in SMS kan alamat anda ke
No HP 019 9839231

3. Proses penghantaran 3 hari bekerja melalui sampul pos Ekspres.

1.05.2010

SYAMIL AL-QURAN 15 DLM 1

HARGA RM 300 (Tiga Ratus Ringgit) Termasuk belanja POS

1. Al-Qur'an Terjemah Per Kata
2. Penterjemahaan Bahagian Agama
3. Tajwid Menggunakan Sistem Quantum Reading Qur'an
4. Panduan Hukum Tajwid
5. VCD Tutorial Sistem Quantum Reading Qur'an
6. Tafsir Al-Muyassar
7. Asbabunnuzul
8. Doa-doa dalam Al-Qur'an
9. Mukjizat Al-Qur'an
10. Indeks Al-Qur'an
11. Atlas Al-Qur'an
12. Kisah Para Nabi dalam Al-Qur'an
13. Zikir Al-Ma'surat
14. Intisari Ayat
15. Links to Related Articles

1. AL-QUR'AN TERJEMAH PER KATA

Syamil Al-Qur'an Terjemah Per Kata memparkan erti dalam bahasa untuk setiap perkataan dalam Al-Qur'an yang diletakkan betul-betul di bawah perkataan arab tersebut. Ia berfungsi sebagai Al-Qur'an tarbiyyah, membantu anda memahami maksud ayat-ayat Al-Qur'an, membimbing anda untuk belajar bahasa Al-Qur'an dan memudahkan anda menguasai bahasa Al-Qur'an.

Kelebihan yang akan anda prolehi ialah anda akan cepat memahami erti-erti ayat demi ayat yang sedang dibaca walaupun anda tidak membaca terjemahannya secara langsung. Ini kerana di dalam Al-Qur'an terdapat banyak perkataan yang berulang-ulang.

Selain itu, Al-Qur'an per Kata dilengkapi dengan pewarnaan tajwid yang memudahkan anda memahami ilmu tajwid melalui warna-warna tersebut.

2. PENTERJEMAHAAN JABATAN AGAMA

Terjemahan Al-Qur'an ini adalah versi terbaru yang rasmi daripada Jabatan Agama RI yang merupakan rujukan utama penterjemahaan utama Al-Qur'an. Penterjemahan ini dinilai secara teliti dan cermat oleh Kumpulan Lajnah Pentashih Mushaf Al-Qur'an yang dimulakan pada tahun 2004. Terjemahan ini memberikan kemudahan bagi anda untuk memahami maksud setiap ayat yang anda baca.

3. TAJWID

Metod pewarnaan tajwid yang digunakan oleh Syamil Al-Qur'an merupakan metod yang praktikal dan sistematik. Hal ini kerana:


1. Menggunakan Khat Resam Uthmani, yang bagus dan rapi, dan telah disesuaikan mengikut piawai Jabatan Agama RI.

2. Pewarnaan tajwid hanya menggunakan 4 warna iaitu biru, merah, hijau, dan hitam.


3. Setiap warna mempunyai fungsi yang berbeza yang dapat membantu anda membaca ayat-ayat Al-Qur'an secara tartil dan betul.

4. Dengan kesekataan warna tersebut, ia memudahkan dalam pembacaan yang sesuai dengan ilmu tajwid.

5. Pewarnaan tajwid tersebut menggunakan prinsip-prinsip Quantum Learning

4. PANDUAN HUKUM TAJWID


Panduan hukum tajwid ini diletakkan pada setiap halaman.